Brunei Children Nostalgia 1960s to 1980s

Berkunjung ke rumah-rumah dengan menaiki perahu atau ‘gubang’ pada tahun 1960.

Ibu bapa mereka merakamkan suasana itu dengan bergambar ramai untuk dijadikan sebagai kenangan mereka di masa hadapan.

Kelihatan kanak-kanak pada zaman itu sedang berjalan di atas jambatan kayu yang sudah siap dibina pada tahun 1960an dan seorang kanak-kanak sedang mengayuh perahunya.

Nostalgia kanak-kanak di zaman dahulu
Apr 15, 2017

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

KANAK-KANAK di Kampong Ayer pada zaman dahulu sudah pandai berenang sejak kecil lagi dan mula mengayuh perahu untuk mengambil air apabila disuruh oleh ibu bapa mereka. Mereka selalunya mengayuh bersama kawan-kawan seangkatan mereka dengan menggunakan perahu semasa air pasang.

Pada zaman itu kanak-kanak tidak suka membantah dan mahu melakukan apa saja yang diarahkan oleh orang tua mereka dengan mengayuh perahu hingga ke kawasan tambing untuk membeli ikan segar di kedai dengan tidak mengira penat lelah. Perahu adalah satu alat kemudahan terpenting dan terbaik di sana.

Golongan dewasa dan pemuda-pemuda juga turut sama mengayuh perahu, pendek kata apa saja acara atau majlis yang diadakan di Kampong Ayer pada zaman itu, kesemuanya menggunakan perahu sebagai alat perhubungan.

Segala kisah dan peristiwa ini adalah satu kenangan lama yang tidak dapat dilupakan oleh penulis sehingga sekarang. Sekitar tahun 1960, jika dibandingkan kanak-kanak pada zaman itu dengan zaman kanak-kanak sekarang adalah sangat jauh berbeza. Kehidupan kanak-kanak pada zaman dahulu adalah susah.Pada masa itu, rumah-rumah di Kampong Ayer belum lagi mempunyai elektrik. Penduduk di sana hanya menggunakan lampu minyak tanah dan lampu lilin. Manakala golongan kanak-kanak kelihatan berdudun dan berjalan-jalan di atas jambatan kayu. Ada yang menaiki perahu dan berkayuh sebagai salah satu hiburan mereka.

Kadang-kadang, ibu bapa mereka merakamkan suasana dengan bergambar ramai untuk dijadikan sebagai kenangan mereka di masa zaman hadapan. Kini mereka berkemungkinan sudah menjadi nenek dan mempunyai cucu.

Dalam penghujung tahun 1970an dan awal tahun 1980an, pihak kerajaan telah memasang saluran paip air ke seluruh Kampong Ayer bagi kemudahan penduduk di sana.

Ihsan: Media Permata

Comments

Unknown said…
Bila mengimbau kembali zaman dulu, kadang-kadang sampai menitis air mata sebab rindu akan kenangan yang tidak akan dapat kembali.

Sekarang sudah meningkat dewasa dan umur pun makin bertambah tua, kesibukan setiap orang membuatkan kita tidak dapat berjumpa satu sama lain untuk melepaskan rindu. Yang bekerja di kota kadang-kadang baliknya bila Raya menjelma. Boleh dikatakan hari raya merupakan masa untuk melepas rindu.

Ramai juga yang mencari kerja kosong berdekat tempat kelahiran. Sekiranya ingin mencari peluang pekerjaan yang terdapat di Brunei, boleh layari http://www.jobsbrunei.com. Job site ini menyiarkan kerja kosong yang terkini yang terdapat di Brunei.

Harap dapat membantu.

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island